EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pinjam

image description
Call no.
: MF 899.2333 ANU
Penulis
: Anuar Shah
Penyumbang
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Ringkasan
Buku ini ditulis oleh Anuar Shah. Buku ini mengisahkan seorang watak bernama Shahrom yang digambarkan sebagai seorang peminjam. Shahrom boleh meminjam apa sahaja. Jarang orang tahu Shahrom telah meminjam daripada mereka. Kebolehan Shahrom meminjam telah diasah sejak dari kecil lagi. Mula-mula barang yang Shahrom pinjam adalah barangan fizikal. Kemudian, dia mengasah kebolehannya sehingga dia boleh meminjam pemikiran manusia. Selalunya ketika Shahrom meminjam pemikiran orang lain, Shahrom akan menggunakannya untuk lakukan apa sahaja yang dia tidak berani lakukan dengan tubuhnya sendiri. Satu hari, Shahrom telah melakukan sesuatu yang tidak mudah dimaafkan. Untuk menyelamatkan dirinya, Shahrom bersembunyi di dalam satu tubuh yang menyebabkan dia terperangkap di dalamnya. ”Pinjam” adalah perkataan baik bagi ”mencuri”. Itu gambaran falsafah Shahrom dalam cerita ini. Shahrom mulai sedar yang dia mempunyai kebolehan itu apabila dia terfikir nak masuk ke badan cikgunya sebab nak memahami apa yang cikgunya ajar. Sejak itu, dia mula ”meminjam” badan orang lain. Buku ini lain dari novel-novel yang telah diterbitkan. Saya menggemari buku keluaran Buku Fixi kerana Buku Fixi adalah platform kepada penulis-penulis muda untuk bebas mengarang cerita yang lain dari kebiasaan.