EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Buat Duit Dengan Mudah.MY

image description
Call no.
: 657.872 UMA
Penulis
: Umar Taib
Penyumbang
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Ringkasan
Laman web Muday.my memang tidak asing lagi dalam kalangan peniaga kecil dan sederhana. Selain kepelbagaian produk yang ditawarkan, konsep jual beli menerusi laman web ini juga mudah dan tidak membebankan pembeli. Mudah.my ibarat sebuah tempat beli belah. Pengguna tidak perlu keluar rumah untuk membeli barang, sebaliknya semua barang yang diingini berada di hujung jari sahaja dan boleh diakses di mana-mana yang ada talian internet. Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita mampu menjana pendapatan dengan menggunakan platform ini. Penulis mengupas topik potensi platform ini untuk bisnes, bagaimana menarik pelawat internet, menjana untung lebih, bagaimana gambar mampu menjual dengan sendiri, dan sebagainya. Penulis mengarang buku ini berdasarkan pengalaman beliau bertahun lamanya dalam bisnes di Mudah.my. Buku ini ditulis dengan penyampaian yang ringkas lagi padat dan disertakan dengan gambar-gambar untuk dijadikan contoh. Penyampaian yang ringkas membolehkan pembaca untuk memahami isi kandungan dengan lebih mudah. Seperti di dunia sebenar, pengguna akan berjumpa dengan penjual yang jujur dan ada yang tidak. Semuanya bergantung kepada pembaca untuk menilai. Buku ini sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri dalam bisnes dengan Mudah.my secara sepenuh masa ataupun separuh masa.