EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pengurusan Tingkah laku Kanak-Kanak Autisme

image description
Call no.
: 618.9285882 NOR
Penulis
: Normah Che Din , Noh Amit
Penyumbang
: Norayah Adenan
Ringkasan
Saya suka membaca buku-buku yang berkaitan dengan keadaan sekeliling saya. Saya mempunyai seorang anak autism. Ragam anak-anak autism ini kadang-kadang susah untuk kita fahami. Dengan pembacaan sebegini, dapat menjadi panduan untuk ibubapa seperti saya memahami kehendak mereka. Didalam buku ini, penulis menerangkan apa yang dimaksudkan dengan autism iaitu kecelaruan spektrum ataupun kecelaruan perkembangan saraf yang menjejaskan fungsi mental, emosi, pembelajaran dan memori. Diterangkan juga masalah-masalah yang dihadapi kanak-kanak autism dan penyelesaiannya. Kanak-kanak autism hendaklah diberi terapi seawal yang mungkin bagi membantu perkembangan mereka. Saya amat bersyukur kerana terapi yang awal diberi kepada anak saya banyak membantu pembelajaran dia pada masa kini. Sokongan dari keluarga juga amatlah diperlukan dalam pengurusan diri mereka dan perkembangan yang positif di masa akan datang.