Pada pandangan saya, buku yang bertajuk Kehamilan dan Kelahiran karya Nik Hazlina Nik Hussain ini mengandungi info-info dan ilmu pengetahuan yang menarik tentang fasa-fasa kehamilan seperti “pregnancy, childbirth, postnatal care” dan “obstetrics”. Buku ini juga memberi sumber ilmiah tentang pelbagai cara untuk bersalin, dan pantang-larang selepas bersalin bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan yang cedera teruk akibat proses bersalin. Buku ini juga sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang sarat mengandung bagi memperoleh sedikit ilmu pengetahuan tentang alam kehamilan daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Buku ini mengandungi 624 muka surat dan dihiasi dengan gambar anak kecil bersama ibunya yg sarat mengandung di kulit hadapan dan disertakan dengan warna merah jambu di kedua-dua bahagian kulit depan dan belakang.