EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KEK & TAT

image description
Call no.
: 641.8653 SUT
Penulis
: BUDI SUTOMO
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini padat dengan resipi-resipi untuk membuat pelbagai jenis kek dan tat.. Seperti contoh, antara resipi-resipi yang dapat dipelajari di dalam buku ini ialah kek coklat pandan berlapis, kek coklat lapis buah, kek kayu manis, kek keladi ungu dan sebagainya. Selain itu, arahan-arahan yang terkandung di dalam buku ini jelas dan mudah untuk diikuti dengan menggunakan ayat yang sesuai dan mudah difahami. Di samping itu, penulis juga menjelaskan pelbagai alatan untuk membuat kek dan tat bagi memperoleh hasil yang cantik dan menyelerakan. Akhir sekali, buku ini juga disertakan ilustrasi yang berkaitan seperti gambar kek dan tat dan alatan membuat kek dan tat tersebut. Buku ini mengandungi 64 muka surat dan dihiasi dengan ilustrasi kuih dan tat yang menyelerakan di kulit hadapan dan kulit belakang.