EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

LINDUNGI ANAK ANDA

image description
Call no.
: 649.1 LIN
Penulis
: (PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG) PANDUAN CAP
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini memberi maklumat berharga tentang bagaimana melindungi anak anak dalam dunia yang tidak selamat ini. Antara isu yang dibincangkan ialah punca-punca merebaknya penyakit dikalangan kanak-kanak serta cara membesarkan kanak kanak bebas dari jangkitan dan serangan penyakit. Ibubapa juga disarankan mencegah kegemukan di kalangan anak-anak mereka kerana ia merupakan faktor kepada penghasilan penyakit-penyakit yang kronik. Disamping itu kanak kanak juga harus dilindungi dari keganasan seperti yang terdapat didalam siaran televisyen dan ancaman sekeliling. Ini jelas menunjukkan bahawa pentingnya kehidupan yang harmoni bagi seorang kanak kanak kerana merekalah perwaris bangsa dan negara kita dimasa hadapan. Buku ini juga memberi serba sedikit tips untuk mengajar kanak kanak supaya berhati-hati dengan persekitaran sekeliling yang tidak dijamin keselamatannya. Buku ini mengandungi 228 muka surat, dihiasi gambar kanak-kanak pada kulit hadapan berlatarbelakangkan warna merah hitam serta paparan tajuk isi kandungan yang terdapat didalam buku ini.