EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

The encyclopedia of Malaysia People And Traditions

image description
Call no.
: 959.5003/ENC
Penulis
: volume editor Prof. Dato Dr Hood Salleh
Penyumbang
: Norayah Adenan
Ringkasan
Buku ini adalah salah satu hadiah buku Peminjam Paling Aktif bagi katagori staf Pustaka Negeri Sarawak 2018. Buku ini telah menjadi bahan rujukan untuk saya buat social story kepada anak istimewa saya. Hujung tahun ini kami telah ke Kuching sempena hari keluarga Pustaka Negeri Sarawak dan seterusnya bercuti ke kampung halaman suami saya di Perak. Didalam buku ini ada peta Malaysia. Sebelum bercuti, saya telah menunjukkan tempat-tempat yang bakal kami kunjungi. Saya menerangkan kedudukan dia di Miri yang akan ke Kuching dengan menaiki kapal terbang pada tarikh yang ditetapkan. Dari Kuching akan ke Kuala Lumpur seterusnya akan ke Perak dan balik semula ke Miri pada tarikh yang ditetapkan juga. Ini adalah cara saya untuk dia lebih bersedia dengan apa yang bakal dia lalui. Penjelasan saya melalui peta Malaysia menarik minat dia. Ini adalah kali pertama dia didedahkan dengan situasi ini. Buku ini juga menunjukkan berbilang kaum di Malaysia dengan pakaian tradisional masing-masing. Terdapat banyak gambar-gambar berwarna warni telah menarik minat dia.