Ulasan saya tentang buku ini ialah buku ini sarat dengan info-info tentang teknik-teknik untuk merangsang anak belajar. Di samping itu, terdapat juga penerangan tentang cara-cara bagi mengelakkan anak-anak daripada bosan untuk belajar . Seterusnya, turut disertakan penerangan dari aspek kawalan ibubapa terhadap aktiviti anak-anak dari segi akademik mahupun kokurikulum . Akhir sekali, penulis juga memberikan tips dan kata-kata semangat untuk ibubapa diluar sana yang masih mempunyai masalah dalam merangsang anak untuk belajar. Buku ini mengandungi 264 mukasurat dan dihiasi dengan ilustrari anak-anak sedang belajar pada kulit hadapan dan kulit belakang.