Saya menyukai buku ini kerana ia membincangkan tentang sembahyang dari banyak sudut. Buku ini menceritakan kaedah mencari kebahagiaan di dalam sembahyang. Ini dilakukan melalui penghayatan rukun-rukun sembahyang yang wajib kita patuh. Selain itu juga, saya menyukai buku ini kerana ia juga memberi pengajaran dalam mencapai sahsiah murni melalui penjagaan sembahyang. Al-Quran yang juga turun sebagai penawar kepada penyakit hati dan sosial juga diceritakan di dalam buku ini. Secara kesimpulan, buku ini sangat menarik dan sesuai dibaca oleh pelbagai peringkat usia, terutamanya bagi sesiapa yang hendak memperelokkan sembahyang nya.