EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PENCARI ENTITI

image description
Call no.
: JMF 899.2333 SAF
Penulis
: SAFIATUL ATIQAH RAZALI
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Buku yang bertajuk “Pencari Entiti” karya Safiatul Atiqah Razali ini mengandungi unsur-unsur misteri dan penyiasatan. Antara isi-isi kandungan buku ini ialah buku ini membangkitkan pelbagai persoalan tentang apa yang terjadi kepada watak-watak di dalam cerita ini. Seperti contoh, mengapakah makhluk ghaib mengganggu ahli kumpulan Entiti Seekers dan apakah kesalahan mereka sehingga dihantui dengan kejam. Unsur penyiasatan dan paranormal tentang kumpulan yang dikenali sebagai Entiti Seekers ini mampu membangkitkan rasa ingin tahu para pembaca disamping merasai seram apabila mendalami kisah makhluk ghaib yang menghantui mereka semua. Buku ini dihiasi dengan imej dua bebola mata didalam balutan kain yang mampu mewujudkan suasana seram kepada pembaca ketika membacanya.