EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Muslimah Yang Tabah

image description
Call no.
: JM 297.18 SAF
Penulis
: Safiatul Atiqah Razali
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini mengisahkan tentang seorang muslimah yang bernama Asma binti Abu Bakar r.a. iaitu puteri kepada sahabat Nabi S.A.W., Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Asma merupakan seorang wanita yang berani, pintar, cerdik, dan penyayang. Sikap berani yang ditunjukkannya adalah di mana beliau sendirian menghantar bekalan makanan dan air kepada Nabi S.A.W. dan bapanya yang melarikan diri ke Kota Madinah kerana hendak dibunuh oleh orang-orang kafir Quraish di ketika itu. Nabi S.A.W. dan bapanya bersembunyi di gua Thur. Semasa hayatnya, beliau merupakan seorang yang tabah. Beliau dijodohkan dengan seorang pemuda yang miskin yang bernama Zubair bin Awwam yang di ketika itu hanya memiliki seekor kuda. Namun begitu, Asma sangat setia dan selalu membantu suaminya di medan perang demi menegakkan syiar Islam. Asma binti Abu Bakar r.a. telah dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T. sehingga berumur 100 tahun. Beliau sempat mendengar berita kematian suaminya di medan perang. Beliau juga seorang wanita mulia yang turut serta dalam penghijrahan Nabi S.A.W. ke Madinah. Untuk makluman, beliau adalah kakak kepada isteri Nabi S.A.W. yang terakhir iaitu Saiyidatina Aisyah binti Abu Bakar. Kesemua anak-anak beliau menjadi orang yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan berani menegakkan syiar Islam. Ini kerana beliau selalu membawa anak-anaknya itu belajar tentang ajaran Islam daripada adiknya sendiri di samping sikapnya yang baik hati dan mulia. Di zaman yang serba maju ini memang sukar untuk kita temui wanita yang berpewatakan seperti Asma binti Abu Bakar ini. Sikapnya yang tabah menghadapi cabaran dan berani berjuang di medan perang bersama-sama Nabi S.A.W. menjadikannya salah seorang wanita agung yang dijanjikan oleh Allah syurga di akhirat kelak, insyaallah.