EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Luahan Izyani: Bijak Tangani Emosi: Menumpang Kasih

image description
Call no.
: JMF 899.2333 AIN
Penulis
: Ainun Marziah Isa
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Ia mengisahkan sebuah catatan diari harian seorang pelajar yang bernama Izyani. Di dalamnya tertulis kisah sahabatnya yang bernama Kayla. Dahulu, mereka rapat tetapi setelah memasuki persatuan yang tidak sama persahabatan mereka mulai renggang. Kini, persahabatan mereka rapat semula disebabkan insiden Kayla lari dari rumah dan pergi ke rumah Izyani. Rupa-rupanya Kayla merajuk kepada papa dan mamanya. Dia terkejut setelah mendapat tahu yang dirinya itu hanyalah anak angkat kepada papa dan mamanya. Keluarga Izyani menerima Kayla dengan baik sekali. Mereka sekeluarga cuba akan membantu Kayla menerima semula mama dan papanya itu. Ibu Izyani memberitahu mama Kayla melalui telefon supaya mama Kayla tidak risau akan Kayla dan membenarkan Kayla bermalam di rumah mereka. Ibu Izyani berjanji akan memujuk Kayla nanti. Selama tiga hari dua malam Kayla di rumah Izyani dan selama itulah dia tidak berjumpa mamanya. Dia kini rindu akan mamanya. Rindu yang teramat sangat sebab sejak kecil lagi dia tidak pernah berjauhan dari orang tuanya walaupun sehari. Inikan pula sudah tiga hari tidak berjumpa. Pagi itu, ibu Kayla datang ke rumah Izyani tanpa diketahui oleh Kayla. Mamanya bersama-sama dengan ibu Izyani menyediakan sarapan pagi itu. Kayla terperanjat melihat mamanya di situ dan tanpa membuang masa terus memeluk mamanya dengan erat sambil kedua-dua anak beranak itu bertangisan kerana kerinduan. Mereka disaksikan oleh keluarga Izyani. Mereka juga sebak melihat dua beranak itu. Maka, dari situlah mama Kayla menceritakan kepada Kayla bagaimana Kayla boleh menjadi anak angkat mereka suami isteri sambil didengari oleh Izyani sekeluarga. Ibu dan bapa kandung Kayla merupakan sahabat baik mama Kayla sejak dibangku sekolah rendah lagi sehinggalah di universiti dan sampailah insiden kemalangan berlaku. Suatu hari, sahabatnya itu kemalangan jalan raya iaitu ibu bapa Kayla sekeluarga. Kedua-dua ibu bapa kandung Kayla meninggal dunia di tempat kejadian manakala Kayla terselamat di mana dirinya berada di kerusi “baby seat” semasa kejadian. Umurnya baru dua bulan semasa kejadian. Terlihat di ketika itu, tangan ibu Kayla sedang memeluk “baby seat’nya di mana anaknya berada. Sungguh tersentuh hati mama Kayla masa itu, lalu terdetik di hati mama dan papa Kayla untuk mengambilnya sebagai anak angkat yang sah sehinggalah sekarang. Mama Kayla mengambil risiko ini di mana suatu hari nanti Kayla akan lari dan pergi jauh dari mereka setelah mendapat tahu hal yang sebenar namun rasa kasihan dan rasa kasih-sayangnya yang mendalam terhadap Kayla tetap diteruskan jua. Ia terbukti sekarang apabila Kayla melarikan diri setelah mendapat tahu hal yang sebenar. Kayla terus menangis dan meminta maaf dari mamanya. Dia rasa bersalah. Mamanya juga turut menangis. Semua orang yang ada di situ turut sama menangis mendengar cerita dari mama Kayla. Selepas menjamu selera pagi itu, Kayla dan ibunya balik semula ke rumah mereka. Mereka berdua berterima kasih kepada seluruh keluarga Izyani kerana dengan bantuan mereka, dia, suaminya dan anaknya Kayla bersatu kembali seperti sediakala. Walau pun Kayla hanyalah anak angkat kepada mama dan papanya, namun kasih-sayang mereka terhadap Kayla amat besar dan sungguh bererti buat mereka. Izyani berasa gembira melihat Kayla bersatu kembali bersama keluarganya dan berdoa semoga Kayla tabah mengharungi dugaan ini. Begitulah kisah di sebalik tajuk “Menumpang Kasih” ini. Ia banyak memberi pengajaran buat kita semua. Walau pun hanya sekadar anak angkat, kita seharusnya tetap menghormati, menyayangi dan tetap menerima mereka seperti orang tua kandung kita sendiri kerana tanpa mereka kita tidak akan jadi seperti kita yang ada sekarang.