EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Srikandi Pertama

image description
Call no.
: JM 297.18 SAF
Penulis
: Safiatul Atiqah Razali
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Nusaibah binti Kaab. Buku ini mengisahkan tentang kisah hidup srikandi Islam di zaman Rasulullah S.A.W. iaitu Nusaibah binti Kaab. Beliau mempunyai dua orang anak lelaki yang menjadi sahabat Nabi S.A.W. iaitu Abdullah dan Habib. Kedua-dua puteranya itu bersama-sama dengan Nabi S.A.W. berjuang ke jalan Allah untuk menegakkan syiar Islam. Nusaibah binti Kaab, merupakan seorang mujahid Islam yang sama-sama berperang dengan Nabi S.A.W. dan sentiasa menjaga Nabi S.A.W. di medan perang. Di dalam perang Yamamah, iaitu perang terakhir yang diikutinya sebelum meninggal dunia, sebelah tangannya telah putus ditetak oleh musuh Islam. Di saat akhir hidupnya, beliau dikurniakan oleh Allah kelebihan untuk mengubat orang sakit. Tangan kudungnya itu akan diusap-usap kepada orang sakit untuk menyembuhkan penyakitnya. Begitu juga dengan rambutnya. Rendaman rambutnya itu boleh juga menyembuhkan penyakit dengan izin Allah S.W.T. Nusaibah adalah salah seorang peneman Nabi S.A.W. di syurga kelak. Itu adalah antara doa Nabi S.A.W. kepada Nusaibah dan mereka yang membantu Nabi S.A.W. dalam menyebarkan agama Islam yang mulia. Begitulah kisah yang terkandung di dalam buku yang berjudul “Srikandi Pertama” ini di mana sikap yang ada padanya sungguh mulia yang tiada tolok bandingnya.