EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Aisyah Isteri Rasulullah S.A.W.

image description
Call no.
: JM 297.18 SAF
Penulis
: Safiatul Atiqah Razalli
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini menceritakan kisah isteri Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Aisyah binti Abu Bakar r.a. Beliau merupakan puteri Abu Bakar as-Siddiq. Rasulullah S.A.W. meminangnya ketika Aisyah berumur sembilan tahun setelah mendapat wahyu dari Allah S.W.T. Aisyah bukanlah wanita biasa. Beliau banyak belajar dan mendalami ilmu agama Islam dari Nabi S.A.W. Maka sebab itulah beliau menjadi tempat rujukan kepada sesiapa juga yang ingin mendalami ajaran Islam. Bukan itu sahaja, beliau juga terkenal sebagai wanita yang banyak menghafal dan mencatat hadis-hadis Nabi S.A.W. Suatu masa dahulu, Aisyah pernah difitnah oleh orang yang dengki akan dirinya. Nabi S.A.W. di ketika itu bertindak dengan bijak. Baginda tidak terus menghukum Aisyah pada masa itu sehinggalah datangnya wahyu dari AllahS.W.T. bahawa Aisyah tidak bersalah. Dari situ terbuktilah yang Aisyah adalah antara seorang wanita yang sangat mulia. Nabi S.A.W. wafat di rumah Aisyah r.a. dan dimakamkan di kamarnya. Sejak itu, rumah Aisyah sering dikunjungi oleh tetamu dari seluruh pelosok dunia untuk menziarahi makam Nabi S.A.W. selain daripada merujuk dan belajar hal-hal yang berkaitan ajaran agama Islam dari isteri Nabi S.A.W. iaitu Aisyah binti Abu Bakar. Saiyidatina Aisyah meninggal dunia ketika umurnya mencecah 66 tahun di bulan Ramadhan tahun 58 Hijrah dan dimakamkan di Baqi’, Madinah. Seumur hidupnya, Saiyidatina Aisyah r.a. dipenuhi dengan kemuliaan, kezuhudan dan ketaatan kepada Nabi S.A.W. Begitulah antara sifat dan peribadi Aisyah r.a. iaitu isteri Nabi S.A.W. yang terakhir.