EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Doa Anakku Sayang, Tahap 1

image description
Call no.
: JM 297.1226 KAD
Penulis
: Kaderi Mohamad Nor
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini menghimpunkan doa-doa yang menjadi amalan harian umat Islam. Bermula dari doa bangun tidur sehinggalah doa sebelum tidur. Walau pun buku ini lebih memberi tumpuan kepada anak-anak kecil kerana mengandungi gambar-gambar kartun namun sebenarnya ia untuk kegunaan semua peringkat umur. Bermula dari anak-anak sehiggalah kepada orang dewasa dan orang tua. Buku ini memupuk semangat suka membaca dan berdoa bermula dari umur kanak-kanak lagi agar menjadi amalan harian apabila dewasa kelak. Isi kandungannya amat menarik sekali kerana setiap doa yang ditulis disertakan dengan gambar-gambar kartun yang menarik dan disertakan juga dengan tip-tip bagaimana dan bila doa ini digunakan. Bukan sahaja kanak-kanak akan terpikat dengan doa-doa yang terdapat dalam buku ini, malah orang dewasa dari segenap lapisan umur juga pasti terpikat. Ini kerana doa yang terkandung dalam buku ini merupakan doa-doa yang menjadi amalan dan kegunaan harian umat Islam sebelum memulakan dan selepas melakukan sesuatu. Lagi pula, doa adalah ibarat seperti senjata umat Islam dalam hidup. Begitulah besarnya peranan doa bagi umat Islam selain dari menjadi amalan harian, doa-doa dalam buku ini juga boleh menjadi pendorong untuk kita mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini kerana setiap perbuatan yang hendak kita lakukan terlebih dahulu memohon pertolongan dan perkenan dari Allah S.W.T. Semoga dengan adanya buku seperti ini akan membawa kita ke arah kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat. Amin…