EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Menjual Perkhidmatan Di Internet

image description
Call no.
: 650-1 OSM
Penulis
: Osman Affan
Penyumbang
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Ringkasan
Buku hasil penulisan Osman Affan ini menerangkan teknik-teknik untuk menjual perkhidmatan di Internet dengan hanya melalui 3 langkah mudah. Buku ini dapat membantu mereka yang tidak mempunyai latar belakang IT bagi mempelajari tentang perniagaan melalui internet. Perniagaan internet mungkin sesuatu yang asing bagi kita 10 tahun yang lalu. Kini penggunaannya di Malaysia semakin meluas. Penggunaan yang semakin meluas ini selain memudahkan proses mendapatkan maklumat dan komunikasi, ia mewujudkan peluang baru bagi para usahawan. Terdapat dua perkara utama yang boleh diniagakan di Internet untuk menghasilkan pendapatan iaitu produk dan perkhidmatan. Namun menjual produk di Internet merupakan sesuatu perkara yang biasa dilakukan. Menjual perkhidmatan pula adalah perniagaan seperti mereka cipta logo dan laman web, khidmat mudah alih, membaiki komputer, membuat album foto digital dan sebagainya. Buku ini disarankan untuk dibaca kerana ianya memberikan tips dan teknik penting iaitu mengapa perkhidmatan kita akan lebih maju jika kita pasarkannya di internet, bagaimana internet boleh menghasilkan pendapatan lumayan, 7 tips meningkatkan keyakinan terhadap laman web anda, 3 asas memilih nama domain yang baik dan 4 teknik mempromosikan laman web perkhidmatan anda.