EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Diet-licious!

image description
Call no.
: 613.2 RUQ
Penulis
: Ruqayyah Muhd, Hakim Zakaria & M.H.Nizam
Penyumbang
: Jamilah Binti Juli
Ringkasan
Ia bukan sekadar buku tentang pemakanan yang baik. Ada juga teguran-teguran halus tentang kehidupan yang baik. Tulisan santai, namun sesekali memberi pengajaran kepada pembaca. Pakar-pakar pemakanan ini berpesan, cuba elakkan pengambilan supplemen yang kita tak pasti kesahihannya. Bukan kesihatan yang diberi, penyakit lain yang menanti. Dalam dunia yang semua benda boleh bertukar duit, ramai yang akan cuba mengambil kesempatan. Amalkan bersederhana terutama dalam amalan pemakanan kita. Kurus itu tidak semestinya sihat. pastinya banyak kajian yang membuktikan obes itu mengundang pelbagai penyakit. Buku ini memuatkan pengalaman daripada tiga orang Dietitian dalam menguruskan plan pemakanan bagi pesakit-pesakit di hospital tempat mereka bekerja. Kebanyakan pesakit yang dirawat adalah dikalangan pesakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Secara tidak langsung, ketiga-tiga penulis ini ada memberikan tips diet dalam penulisan mereka. Tetapi tidaklah secara menyeluruh. Namun, dari kisah-kisah yang dikongsikan boleh dijadikan iktibar oleh para pembaca untuk menjaga kesihatan tubuh badan dan mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.