EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Alkisah Doktor Kolget

image description
Call no.
: 808.882 NAB
Penulis
: Dr. Nabilah Zulkifly
Penyumbang
: Zuwahir Binti Ilias
Ringkasan
Alkisah Doktor Kolget ini ditulis oleh tujuh (7) orang doktor gigi yang sudi berkongsi berkenaan kisah-kisah mereka sebagai doktor gigi, kisah-kisah dan ragam pesakit serta majikan, tips-tips kesihatan gigi dan mulut, maklumat umum berkenaan dunia pergigian dan pengetahuan atau mitos yang berkaitan dengan dunia pergigian yang menjadi pegangan masyarakat sejak sekian lama. Kisah pertama: Dari Gigi Turun Ke Hati karya Dr Nabilah Zulkifly membawa pembaca kepada bagaimana seorang pesakit wanita yang sangat sempurna penampilannya, tampak cantik dan bergaya, tetapi sayang sekali apabila kecantikan dan kejelitaan yang ditampilkan secara luaran tidak mampu menyembunyikan tabiat buruk si pesakit terhadap penjagaan kesihatan mulutnya. Karang gigi yang memenuhi hampir di setiap permukaan gigi ditambah dengan bau mulut yang kurang menyenangkan, benar-benar kontra dengan penampilan luarannya. Menurut Dr Firdaus Hariri, bidang pergigian di Malaysia adalah meliputi seperti berikut: 1. Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial : adalah bidang pembedahan yang memfokuskan kepada kecacatan, kecederaan atau penyakit pada tulang dan tisu di bahagian leher, rahang, muka dan kepala. 2. Pakar Ortodontik : pula lebih kepada aspek dalam memberikan rawatan bagi membaikpulih susunan gigi yang tidak betul. 3. Pakar Restoratif dan Endodontik : adalah pakar yang khusus untuk membaikpulih struktur permukaan gigi yang telah rosak samaada melalui tampalan, pembuatan crown, veneer atau bridge. 4. Pakar Patalogi dan Perubatan Mulut : focus dalam menganalisa jenis-jenis penyakit dan tisu-tisu tidak normal pada kawasan mulut dan muka, yang berpotensi mengesan kewujudan kanser mulut. 5. Pakar Pergigian Keperluan Khas : biasanya menjalankan rawatan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan bantuan atau fasiliti khas seperti pesakit down syndrome atau stroke. 6. Pakar Kesihatan Awam Pergigian : memainkan peranan dalam merangka strategi-strategi berkaitan penyediaan perkhidmatan kesihatan mulut kepada masyarkat dan mempromosi kepentingan penjagaan mulut yang betul sedari awal usia. 7. Pakar Pergigian Radiologi dan Forensik : adalah pakar dalam bidang analisis x-ray dan imej-imej lain seperti CT scan. Kesimpulannya, banyak kisah-kisah yang boleh dipelajari, banyak tips-tips dan panduan berguna yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan mulut. Naskah disampaikan dengan cara yang santai namun sarat dengan fakta, dan ilustrasi yang menarik membuatkan pembaca tidak bosan menatap helaian demi helaian.