EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Even more hotel tales: Even more tales of accidental lessons and unanticipated twists

image description
Call no.
: 910.46 CHE
Penulis
: Hanley Chew
Penyumbang
: Zuwahir Binti Ilias
Ringkasan
Even More hotel tales : Even more tales of accidental lessons and unanticipated twists ini adalah edisi ketiga dari siri Chew`s Hotel Tales. Buku ini mengandungi 121 buah cerita pendek. Penggunaan bahasa dalam buku ini sangat mudah difahami. Tetapi ilustrasi tidak berapa menarik perhatian saya. Buku ini mengisahkan pengalaman baik dan menarik yang dialami oleh pekerja mahupun penginap di hotel-hotel terbabit. Sesetengah penyumbang ada berkongsi nama mereka, tetapi yang lain tidak mahu dikenali. Kisah-kisah dalam buku ini tidak menamakan para pelaku tetapi memberi anda contoh-contoh yang menakjubkan tentang tingkah laku manusia. Selain itu kisah-kisah ini adalah sesuatu yang kita boleh kaitkan dengan urusan seharian kita, terutamanya yang berurusan sebagai frontliner berhadapan dengan pelbagai jenis dan ragam manusia setiap hari. Siri buku ini mesti dibaca bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan pelanggan atau industri perhotelan.