EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Psikologi orang berjaya

image description
Call no.
: 158.1AIN
Penulis
: Ainon Mohd
Penyumbang
: Suhaili Bin Morsidi
Ringkasan
Buku ini menerangkan dengan tujuan utama supaya pembaca memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenaan syarat-syarat menjadi seorang yang berjaya. Dalam bidang pendidikan, kita menyangka barang siapa lulus cemerlang di sekolah mahupun di Universiti akan berjaya juga di tempat kerja dan begitu juga sebaliknya. Kekeliruan ini menyebabkan ibu bapa dan sekolah terlalu mementingkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Dalam bidang pekerjaan pula, ramai majikan terutamanya dalam sektor kerajaan, yang masih terus menunjukkan kekeliruan begini apabila mereka memilih calon pekerja yang mempunyai kelas ijazah satu berbanding dengan calon yang mendapat ijazah kelas tiga. Dalam bidang pembangunan keusahawanan pila pihak-pihak yang berfungsi membangunkan calon-calon usahawan dan peniaga di kalangan masyarakat Bumiputera, di dalam kursus yang disediakan, terlalu mementingkan aspek-aspek teknikal dunia perusahaan dan perniagaan sehingga mengabaikan aspek-aspek psikologinya. Di dalam bidang motovasi pula, para motivator banyak menekankan aspek pembangunan semangat dan kecekalan sahaja, seolah-olah kedua-duanya itulah faktor yang menjadi syarat utama kejayaan. Kejayaan diprmgarhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat dan kecekalan.