EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PSIKOLOGI ORANG BERJAYA

image description
Call no.
: 158.1 AIN
Penulis
: AINON MOHD
Penyumbang
: Ebby Saifullah Bin Suhaimi
Ringkasan
Buku ini membincangkan bagaimana cara orang-orang yang telah terbukti kejayaannya berfikir dan apakah cabaran yang telah dilalui sebelum suatu kejayaan tersebut dicapai. Buku ini mengandungi 360 halaman bercetak dan bewarna kesemuanya. Cara penyampaian penulis begitu ringkas, menarik dan padat dengan pelbagai kaedah penyampain. Antaranya dalam bentuk nota ringkas dan peta minda. Selain itu penulis juga menyelitkan grafik yang sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan kepada pembaca. Kaedah – kaedah ini membuatkan pembaca tidak berasa bosan untuk membaca buku ini kerana disampaikan dengan penuh kreatriviti yang menarik tanpa ayat berbentuk esei yang terlalu panjang untuk dibaca. Tips-tips dan contoh-contoh yang diberi dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar yang telah dilalui oleh orang-orang yang telah Berjaya selama bertahun-tahun dan diringkaskan kepada pembaca tanpa perlu melalui bertahun-tahun untuk melalui pengalaman yang sama. Buku ini adalah bahan bacaan wajib kepada mereka yang ingin mengenali potensi diri ke arah kejayaan. Seterusnya mencukil bakat yang terpendam dalam diri pembaca untuk diterjemahkan dalam bentuk kejayaan.