EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Get Hired! Teknik Penulisan Resume & Temuduga Terkini

image description
Call no.
: 650-14 TOH
Penulis
: Hans Toh
Penyumbang
: Alya Faeeqah Binti Hamali
Ringkasan
Buku ini amat berguna terutamanya kepada graduan ataupun kepada pekerja yang ingin meningkatkan hasil usaha mereka mencari pekerjaan yang lebih baik. Terdapat lebih daripada 216,048 graduan yang menggangur. Ini menujukkan betapa pentingnya setiap graduan perlu memahami dan mengubahsuai teknik penulisan resume dan temuduga kerja yang terkini. Antara pemasalahan penulisan resume antaranya tidak tahu apa yang harus ditulis di dalam resume, tidak mempunyai pengalaman kerja, tidak tahu apa yang ingin dilihat oleh makikan di dalam resume dan banyak lagi. Sehubungan itu, buku ini menyatakan kaedah untuk menulis resume moden yang efektif untuk menarik perhatian majikan seperti maklumat yang perlu dimasukkan, mengenalpasti kekuatan dan kemahiran yang dimiliki, pemilihan format resume, menulis resume tanpa pengalaman kerja yang sesuai dan menulis surat iringan yang berkesan. Manakala pemasalahan semasa menghadapi temuduga adalah tidak tahu persediaan yang harus dibuat untuk menghadapi temuduga, berasa gugup semasa menghadapi penemuduga, kurang kemahiran untuk menghuraikan jawapan, tidak tahu kekuatan dan kelemahan yang harus dinyatakan semasa temuduga dan sebagainya. Justeru buku ini juga berkongsi maklumat mengenai kaedah untuk menghadapi temuduga dengan yakin antaranya persediaan yang harus dilakukan sebelum menghadapi temuduga, contoh jawapan untuk menghadapi soalan-soalan yang lazim, pemakaian semasa temuduga dan bahasa badan yang sesuai semasa temuduga dan do’s & don’ts sepanjang temuduga.