Buku ini diterbitkan khas sebagai panduan yang berfaedah dalam mengenali diri sendiri, kehidupan dan nilai yang ada pada diri sendiri. Buku ini berkonsepkan teori dan amali berkenaan perkembangan diri yang direka dengan ringkas dan senang dipraktikkan. Menurut penulis, perancangan hidup merupakan satu konsep yang masih baru bagi masyarakat kita kerana kebanyakan daripada kita mempercayai bahawa nasib setiap orang terletak di tangan tuhan. Buku ini sesuai digunakan oleh individu yang mula melangkah ke alam pekerjaan bagi memotivasikan diri dalam menentukan tujuan dalam hidup mereka.