EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

KEMANGKATAN SULTAN MAHMUD

image description
Call no.
: -
Penulis
: ROSELAN BAKI / OMAR MAMAT
Penyumbang
: Nurrul Azzila Binti Abdul Rasid
Ringkasan
Buku ini merupakan siri adaptasi daripada sejarah Melayu iaitu zaman pascakegemilangan Melaka dari kisah kemangkatan Sultan Mahmud. Permulaan cerita bermula dengan Sultan Mahmud yang telah jatuh gering. Baginda di kelilingi oleh Sultan Muda, Bendahara, Laksamana dan Temenggung di sisi katilnya. Tidak lama kemudian, setelah baginda menitipkan pesan supaya menjaga Sultan Muda dan berjanji untuk taat setia, baginda pun mangkat. Kemangkatan baginda turut dirasai oleh seluruh rakyat di Kampar. Rakyat Kampar telah berkabung selama 40 Hari. Sultan Muda telah diangkat menjadi sultan yang dikenali sebagai Sultan Alau’d-Din Riayat Syah. Rakyat Kampar turut meraikan pertabalan diraja dengan rasa gembira. Selain daripada itu, baginda juga menerima utusan daripada negeri jiran yang turut berdatang sembah untuk mengucapkan tahniah atas pertabalan baginda. Pada suatu hari, baginda mengatakan hasratnya untuk kelura dari Negeri Kampar. Baginda ingin berhijrah ke Negeri Pahang. Ternyata, hasrat murni baginda di sambut denna baik dan rakyat jelata mula membuat pelbagai persiapan untuk baginda. Apabila semua persiapan sudah siap, baginda bersama dengan pembesar serta rakyat bersedia di atas kapal untuk berlayar ke Pahang. Pada pendapat saya, buku ini sesuai d baca oleh pelbagai peringkat umur kerana senang untuk di fahami. Pengarang telah menggunakan illustrasi yang seakan menggambarkan kesultanan Melayu dulu-dulu. Tambahan pula, pengarang menyelitkan glosari bagi menerangkan sinonim untuk perkataan yang mungkin agak jarang di dengar tapi biasa digunakan di dalam pertuturan istana.