EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Buku Ini Potong Stim

image description
Call no.
: 362.29 MOH
Penulis
: Datuk Mohd YunusPathi
Penyumbang
: Norayah Binti Adenan
Ringkasan
Tajuk buku ini telah mendorong saya untuk membaca buku ini dan mengetahui apa isi kandungannya. Dengan mengguna dua bahasa beserta gambar yang menarik membuatkan pembaca tidak bosan.Dalam buku ini, penulis berkongsi perjalanan hidup seorang penagih dadah.Bukan sahaja dadah, malah judi, minum arak, seks bebas dan lain-lain. Dalam mencari keserasian, kegembiraan hidup melalui dadah akan menyebabkan kesan ke atas fungsi sel-sel otak. Apabila timbul kesedaran di jiwa lalu mula mendapatkan rawatan. Jika silap pengambilan ubat, semakin bertambah parahlah ketagihan.Untuk pulih apa yang penting adalah memahami sebenar=benarnya proses untuk menjadi bersih semula. Ramai yang kecundang sebab tidak tahan dan kembali mengambil dadah. Untuk itu berkongsilah masalah jangan senyap. Begitu juga dengan keluarga ..jangan lah bersikap prajudis. Sekiranya bosan kerana masa terlalu lapang , buatlah rutin baru.