EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

HAID DARI PRSPEKTIF PERUBATAN & ISLAM

image description
Call no.
: 612.662 ABD
Penulis
: USTAZ HAJI ABD MANAF BIN HAJI AHMAD DAN PROF. DR. MOHD NASRI ISMAIL
Penyumbang
: Masni Binti Morshidi
Ringkasan
Buku setebal 129 mukasurat ini membincangkan tentang permasalahan haid dikalangan wanita. Menurut pengarang, Islam satu-satunya agama yang sangat menekankan soal kebersihan . jika bersih seseorang itu maka tinggilah tahap keimanannya.Namun penulis agak kesal kerana umat islam masa kini kurang memberi perhatian soal kebersihan sedangkan kebersihan adalah tuntutan islam dan merupakan asas kesihatan. Buku ini secara lengkapnya membincangkan tentang masalah haid, kitaran haid ,bila masa berlaku haid , waktu subur bagi proses persenyawaan dengan sperma dan banyak lagi. Buku ini juga membincangkan pengaruh emosi wanita terhadap kesan haid, punca pendarahan haid yang banyak dan kenapa adakalanya darah haid mengeluarkan bau yang busuk. Bakteria dari darah haid juga boleh membahayakan kesihatan. Pengeluaran darah haid juga boleh menyebabkan tekanan, perubahan emosi, kesakitan seperti sengugut. Kesakitan ini biasanya berlaku sekitar 24-48 jam dikalangan remaja. Selepas itu remaja tersebut akan merasa lega. Gejala ini berlaku untuk menandakan ovulasi (bertelur) berlaku dalam kitaran haid itu. Kesakitan dikalangan orang dewasa pula berkaitan rapat dengan kehadiran penyakit atau tidak kepuasan seks. Buku ini juga membincangkan pelbagai gejala yang bersangkut paut dengan haid seperti haid dan kehamilan, permasalahan haid tidak teratur , kemandulan , permasalahan overi, perancang keluarga. Penyakit Penyakit berkaitan masalah haid dan permasalahan had dalam ibadat seperti solat, membaca Al Quran dan haji. Tidak ketingalan juga permasalahan seperti hukum bersetubuh,dan bercerai semasa haid.