EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Selagi Ada Dia

image description
Call no.
: MF 899.2333 AIS
Penulis
: Aisya Sofea
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan cinta seorang gadis yang bernama Arianni. Dia mengimpikan untuk membina hidup yang bahagia bersama kekasih hatinya. Namun, impiannya hanya tinggal impian setelah dirinya mengetahui kekasihnya itu adalah cinta hati kakaknya sendiri. Dia harus berundur diri. Tapi, itulah cinta pertama dalam hidupnya dan hakikat yang patut diterimanya. Sudah bertahun lamanya hati Arianni kosong tanpa pengganti sehinggalah datangnya Idris yang bekerja dengan Kak Lin (kakak Arianni) cuba mendekati Arianni. Lama-kelamaan, sikap dan perilaku Idris telah memikat hati Arianni dan telah mengubah hati yang benci terhadap lelaki bertukar menjadi sayang. Dia cuba mempertikaikannya namun tidak dapat. Semakin hari perasaan sayang dan rindunya terhadap Idris semakin mendalam. Arianni membawa jauh perasaan itu dari hidupnya. Dia tidak mahu lagi merasa kecewa disebabkan lelaki. Sekarang, dia berserah diri pada Ilahi tentang jodohnya. Dia menyerahkan kepada keluarga untuk mencari jodoh buatnya apabila setiap kali ditanya oleh ibu dan bapanya. Kini, soal jodoh telah menjadi kenyataan. Tidak lama lagi jodohnya akan sampai. Dia akan dinikahi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya. Hanya keluarganya sahaja yang tahu akan hal itu. Hari pernikahan sudah pun tiba. Hatinya semakin kuat bergetar dan kini sahlah sudah dia menjadi isteri kepada lelaki tersebut. Alangkah terkejut dia apabila melihat lelaki itulah yang dirindui selama ini iaitu Idris. Tidak disangkanya pihak keluarganya telah bersama-sama bersepakat dengan Idris untuk berahsia darinya siapa bakal suaminya itu. Walau pun begitu, jauh di sudut hati Arianni, dia terlalu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipertemukan jodoh dengan seorang insan yang sememangnya amat dicintai dan dirinduinya selama ini. Andai kata awan membiru menjadi mendung dan hujan pula turun, selagi ada dia, Arianni tetap mendambakan kebahagiaan bakal menjadi miliknya suatu hari nanti. Semoga kebahagiaan yang dikecapinya kini abadi selamanya.