EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Serigala, Kuda dan Kambing

image description
Call no.
: JMF 899.233 NOR
Penulis
: Norul Azila Arifin
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini mengisahkan tentang serigala yang sering ditipu oleh mangsanya ketika berburu. Mangsa pertamanya adalah kuda. Pada suatu hari, kuda terperangkap di dalam lubang. Serigala yang kelaparan pada waktu itu ingin terus menerkam kuda namun kuda terlebih dahulu bersuara kepadanya bahawa lepaskan dia dari lubang itu dulu. Lalu serigala pun menolongnya kemudian dengan helah yang kedua, kuda meminta untuk membersihkan badannya yang kotor lantas menyuruh serigala melihat di tapak kakinya yang dikatakannya ada terlekat emas sultan Sulaiman. Sebaik sahaja serigala melihatnya, kuda terus menendang serigala dengan tapak kakinya itu dan terus memecut laju untuk menyelamatkan diri. Selamatlah kuda dari menjadi makanan serigala pada hari itu. Setelah itu, serigala berjalan lagi sehinggalah ia ternampak kandang kambing. Hatinya berbunga lagi apabila melihat kambing yang banyak di dalam kandang. Tanpa berlengah ia terus menerkam kambing namun kambing meminta serigala supaya dirinya berdoa dahulu sebelum dibaham oleh serigala. Serigala akur. Di kesempatan itulah, kambing meminta tolong tuannya mengembek dengan kuat meminta tolong. Apalagi, tuannya terus membawa anjing-anjingnya ke kandang kambing dan terus mengejar serigala yang ada di situ. Serigala bertempiaran berlari dengan pantas. Perutnya yang semakin lapar terus terasa kerana kepenatan dikejar anjing-anjing tadi. Ia menyesal kerana mendengar kata kambing itu. Rupa-rupanya ia ditipu. Serigala berjanji sekiranya ia dapat lagi bertemu dengan kuda atau kambing, ia akan terus memakannya tanpa mempedulikan permintaan mangsa-mangsanya itu.