EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

JASA HANG NADIM

image description
Call no.
: -
Penulis
: NORMAH MUSTAFFA
Penyumbang
: Nurrul Azzila Binti Abdul Rasid
Ringkasan
Buku bertajuk ‘Jasa Hang Nadim’ ini dikarang oleh Normah Mustaffa. Buku ini berlatarkan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di Melaka. Hang Nadim merupakan seorang pemuda yang mahir membuat ukiran tangan. Kemahiran Hang Nadim telah sampai ke pengetahuan Sultan Mahmud dan baginda menitahkannya pergi ke benua India untuk nembeli kain tenun yang terkenal dengen kehalusannya. Hang Nadim pun belayar menaiki kapal Hang Isap dan selamat sampai ke benua India. Setelah selesai tugas, Hang Nadim mengajak Hang Isap pulang ke Melaka. Namun, Hang Isap menyatakan hasratnya mahu bertemu dengan seorang ulama sebelum berangkat. Hang Isap dan ulama tersebut bertikam lidah dan tuduh-menuduh antara satu sama lain. Ulama tersebut sempat berkata kepada Hang Isap akan binasa dalam pelayaran pulang. Hang Nadim pun merayu kepada ulama tersebut agar melepaskannya daripada sumpahan tersebut. Setibanya mereka di Laut Sri Lanka, angin tiba-tiba bertiup kencang dan air laut mula bergelora. Kapal yang dinaiki Hang Nadim mula dimasuki air dan pecas dipukul ombak besar. Tapi Hang Nadim dan beberapa anak kapal sempat terjun menyelamatkan diri dan kain tenun yang dibeli pada sebuah sampan. Mereka berkayuh dan akhirnya tiba di pantai negara Sri Lanka. Berita mengenai Hang Nadim sampai ke Raja Sri Lanka dan baginda ingin sekali menguji kemahiran Hang Nadim dengan menitahkannya membuat tanglung telur. Raja Sri Lanka sangat gembira melihat hasil lukisan Hang Nadim lalu menawarkannya untuk finggal di Sri Lanka dengan gelaran yang tinggi. Namun, Hang Nadim menolak baik kerana masih ada tugasan yang belum di selesaikan serta tidak mahu menjadi penderhaka. Hal ini kerana, Sultan Mahmud sedang menunggu kain yang di beli oleh Hang Nadim. Setibanya di Melaka, Hnag NAdim terus menghadap Sultan Mahmud lalu menceritakan segala peristiwa yang berlaku sepanjang pelayaran. Baginda terkejut dan bangga kerana Hang Nadim berjaya mengatasi segalan rintangan dan pulang membawa kain tenun dengan selamat. Oleh sebab jasanya, Hang Nadim telah dianugerahkan sepersalinan yang lengkap oleh baginda. Sejak itu, nama Hang Nadim semakin masyur dan terkenal di seluruh negeri Melaka ketika itu.