EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Bertarung Kerana Raja

image description
Call no.
: JMF 899.233 ANE
Penulis
: Aneka
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini mengisahkan bagaimana singa boleh menjadi raja kepada semua binatang di dalam hutan. Suatu hari, semua binatang berkumpul. Mereka telah sepakat untuk melantik kuda menjadi raja namun ditentang oleh harimau. Harimau mengatakan yang dirinya layak kerana ia kuat. Cadangan harimau itu pula ditentang oleh singa kerana ia merasakan yang dirinya lebih layak kerana di hutan itu ia adalah binatang yang paling kuat dan tangkas. Harimau tidak puas hati lalu mencadangkan agar mereka berdua beradu tenaga. Siapa yang kuat akan menjadi raja. Lalu berlangsunglah perlawanan di antara singa dan harimau. Harimau kalah dalam peraduan itu. Ia masih tidak puas hati. Walau pun kalah di tangan singa, ia tetap tidak mahu singa menjadi raja kerana baginya singa itu adalah musuhnya. Ia lebih rela sekiranya sang kancil yang menjadi raja walau pun badannya kecil. Lantaran itu, ia mencadangkan agar sang kancil yang menjadi raja kerana sang kancil seekor binatang yang bijak dan cerdik. Sang kancil selalu menjadi hakim kepada permasalahan-permasalahan yang berlaku di dalam hutan itu. Singa tidak mahu namun ia setuju sekiranya diadakan peraduan tenaga di antara dia dan kancil. Siapa menang ia akan jadi raja. Satu lagi perlawanan diadakan di antara singa dan kancil. Singa berlawan bersungguh-sungguh tetapi tetap dapat dielakkan oleh kancil yang berbadan kecil. Singa jatuh tersemban ke tanah. Kancil merapati singa yang kepenatan. Ia memberi mahkota raja kepada singa walau pun ia menang dalam perlawanan itu. Baginya, ia tidak pernah terfikir untuk menjadi raja di hutan itu. Biarlah singa yang menjadi raja. Singa kuat dan berpengaruh memang layak menjadi raja di hutan.