EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Koleksi Kisah-Kisah Teladan

image description
Call no.
: JMF 398.2 KOL
Penulis
: Che Rohani Mohd Zain
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Cerita yang terdapat di dalam buku ini merupakan koleksi cerita pendek yang banyak memberi teladan kepada manusia. Antara kisahnya adalah yang berjudul “Kisah Seekor Gagak”. Ia mengisahkan bagaimana seekor gagak dapat membantu seorang manusia yang di dalam kesusahan. Kisahnya bermula begini, Ibrahim yang marah terhadap seekor gagak yang telah menyambar makanannya sedang dirinya tengah makan roti setelah kepenatan berburu. Dia segera memanah gagak tersebut kerana marah namun gagal lalu membawanya ke satu tempat yang jauh dari tempatnya berburu gara-gara untuk menjejaki gagak tersebut. Sesampainya di sana, dilihatnya seorang lelaki terbaring sedangkan seluruh tubuh badannya terikat dengan tali. Ibrahim segera membuka ikatan lelaki itu dan bertanyakan apa yang sebenarnya telah terjadi. Lelaki itu memberitahu dirinya adalah seorang pedagang yang telah dirompak dan seterusnya dicampak di situ dengan tubuh badannya diikat dengan tali. Selama tujuh hari dia berada di situ. Dia sentiasa berdoa memohon pertolongan Ilahi. Mujurlah ada seekor gagak yang baik hati yang mana setiap hari membawa makanan untuknya dan pada hari ketujuh itu pula datang Ibrahim membuka ikatan tali dari badannya. Mendengar cerita itu, Ibrahim merasa malu. Seekor gagak dapat menolong seorang manusia yang di dalam kesusahan sedangkan dirinya langsung tidak pernah memberi pertolongan kepada sesiapa pun. Sejak dari itu, dia balik ke Mekah dan terus menderma sebahagian hartanya kepada orang yang memerlukan dan menolong mereka yang berada dalam kesulitan dan kesusahan.