EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Only Mee : 30 Recipes to Bring Joy to the Table

image description
Call no.
: 641.822 MAR
Penulis
: Marina Mustafa
Penyumbang
: Awang Yunos Bin Awang Husain
Ringkasan
Buku masakan dwi bahasa ini agak istimewa kerana memaparkan 30 resepi mee kuning dari resepi wajib mee iaitu mee goreng hingga ke resepi mee yang inovatif dan versatil. Dengan menggunakan NuMee Gardenia salah satu produk baru dari Gardenia sebagai bahan asas masakan. Ditulis dalam bahasa Melayu dan English dibawah penulisan Chef Marina Mustafa terbitan MPH Publishing, buku ini amat menarik dengan grafik yang amat berseni dan jelas. Setiap resepi ditulis dengan maklumat jumlah sajian yang dapat dihasilkan, masa penyediaan, masa memasak dan nota ringkas dari chef sebagai maklumat tambahan. Dibahagi kepada beberapa bab mengikut cara mee di masak iaitu Mee Goreng, Mee dari Zaman Silam, Mee Berkuah, Mee Fusion, Sihat dan Sedap, dan Kudapan Mee. Agak menarik dalam bab Kudapan Mee, dimana mee dijadikan bahan kudapan seperti inti popiah, maruku, mee sira dan bahan tambahan dalam bubur, sup, salad dan bahan topping di atas aiskrim atau pisang sira. Buku ini bukan sahaja buku masakan biasa tapi diselitkan maklumat sejarah mee kuning melalui ruangan bertajuk Kisah Mee saya dan sejarah keluarga chef di ruangan Cerita Peribadi. Amat menarik untuk dibaca, sebagai panduan dan rujukan bagi yang suka memasak dan makan mee.