EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tengku Laksamana Putera

image description
Call no.
: JMF 398.2 NOR
Penulis
: Norul Azila Arifin
Penyumbang
: Zuraidah Binti Mat
Ringkasan
Buku ini menceritakan bagaimana seorang putera raja menyamar sebagai rakyat biasa. Sulung, iaitu seorang putera raja di Negeri Seri Buana telah menyamar dirinya sebagai seorang rakyat biasa. Dia pergi berjumpa dengan Datuk Penghulu untuk mendapat kebenaran bertapa di bukit Paya namun dilarang oleh Datuk Penghulu kerana bukit itu merbahaya. Dengan tidak mempedulikan nasihat itu, dia pergi jua. Satu hari, Pulau Paya dilanda ribut. Habis rumah, tanam-tanaman dan kebun-kebun di pulau itu rosak teruk. Dengan bantuan daripada Sulung, akhirnya Pulau Paya pulih semula. Datuk Penghulu mengajaknya tinggal bersama. Maka dari situlah Sulung memperkenalkan dirinya sebagai Putera kepada Raja Seri Buana. Sejak itu, Datuk Penghulu melantiknya menjadi raja di Pulau Paya. Negeri itu berkembang maju kerana sikapnya yang baik hati dan cerdik dalam mentadbir negerinya itu. Kemangkatan Raja Seri Buana telah membawa padah kepada Tengku Laksamana Putera. Ini kerana baginda telah dibunuh oleh pengganti Raja Seri Buana iaitu adindanya sendiri, Putera Bongsu yang terkenal dengan sikapnya yang sombong dan tamak, dan juga suka mencari kawasan jajahan baru dengan peperangan. Sebelum meninggal dunia, baginda sempat berpesan kepada Putera Bongsu bahawa sikap tamak dan sombong akan membawa kerugian. Sikapnya yang tamak itu telah menyebabkan negerinya dilanda musibah. Ingatannya kembali kepada pesanan kekandanya dahulu, Tengku Laksamana Putera. Akhirnya, dia insaf dan menyesali akan sikapnya yang sombong dan tamak itu sehingga sanggup membunuh abangnya sendiri. Justeru itu, Putera Bongsu mengambil pengajaran daripadanya dan menjadikan Negeri Seri Buana dan kawasan jajahan takluknya terkenal maju. Pesanan Tengku Laksamana Putera kini sentiasa menjadi ingatan, pengajaran dan pedoman buatnya selama-lamanya selagi dirinya masih bergelar raja di negerinya itu.