EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

200 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman : Gaya Rasulullah

image description
Call no.
: 613.088297/SIT
Penulis
: Siti Khadijah Muhamad Radzi
Penyumbang
: Natalia Binti Muhammad
Ringkasan
Buku ini dimulakan dengan pengenalan ringkas dengan topik bertajuk Mengapa Gaya Rasulullah? Penulis menceritakan bahawa selepas Nabi Muhammad S.A.W wafat, terdapat dua perkara yang ditinggalkan baginda untuk pengikutnya supaya dapat dijadikan rujukan. Dua perkara ini ialah Al-Quran dan sunnah. Buku ini kemudiannya dipecahkan kepada 3 bahagian berdasarkan kategori iaitu: tip sihat akal, tip sihat tubuh dan tip sihat iman. Selain tip sihat, terdapat juga kolum tambahan menarik dimuatkan dalam buku ini seperti Apa Kata Rasulullah?, Info Sihat, Pendapat Ulama dan Kata Pakar.