EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Biskut Klasik

image description
Call no.
: 641.8654 HAS
Penulis
: Hasma Noor Basir
Penyumbang
: Veronica Binti Edward Sidi
Ringkasan
Penulis buku ini merupakan seorang bekas pendidik yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang masakan. Beliau pernah mengadakan demonstrasi masakan dibeberapa pasar raya terkemuka, terutamanya ketika menjelang perayaan hari raya. Selain itu, beliau turut mengadakan kelas masakan dan kursus memasak seperti hidangan tradisional Melayu, lauk-pauk, kuih muih. Beliau turut mengadakan kelas untuk membuat roti, kek dan biskut. Selain mengadakan kelas masakan di rumah, beliau turut memberikan sumbangan kepada majalah wanita serta kerjasama dengan rancangan terbitan RTM dan Astro untuk menjayakan beberapa program masakan terbitan mereka. Disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia masakan beliau telah menghasilkan buku ini. Didalam buku ini beliau turut menyelitkan beberapa pesanan / tips untuk membuat biskut, khasnya didalam penggunaan bahan-bahan untuk membuat biskut dan turut memberi panduan tentang cara-cara menggunakan acuan biskut tertentu seperti biskut bunga dahlia, kuih semperit, tart gulung, serta cara-cara yang betul untuk mencairkan coklat masakan iaitu menggunakan kaedah `double boiling`. Kebanyakan resipi yang ditulis didalam buku ini adalah menggunakan bahan mudah dan senang untuk diperolehi serta senang untuk dibuat. Saya sendiri tertarik dengan resipi pada muka surat 26!