EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Seuntai Kata Seindah Bahasa

image description
Call no.
: 899.2313/SEU
Penulis
: Penyusun Jaharah Nordin
Penyumbang
: Veronica Binti Edward Sidi
Ringkasan
Seuntai Kata Seindah Bahasa merupakan sebuah buku yang mengandungi koleksi pantun-pantun nasihat dan teguran seperti salah satu contoh yang terdapat didalam buku ini ialah seperti berikut : Naik ke darat memetik duku, Berkain songket warna biru, Dengan sebab tingkah dan laku, Harga seringgit turun sesuku. Buku ini turut mengandungi gurindam, turut menyentuh mengenai memberi nasihat dan motivasi kepada pembacanya. Selain pantun dan gurindam, buku ini turut mengandungi Syair Alif Ba Ta, ianya lebih menjurus kepada `menggambarkan` mengenai budi bahasa dan tingkah laku terpuji sahaja. Bahagian yang terakhir iaitu, Tunjuk Ajar Melayu. Ianya merupakan ungkapan yang menekankan pentingnya sifat-sifat terpuji dan mulia jati diri Melayu.