EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Selamatkan Sungai Ini

image description
Call no.
: JMF 899.2333 NOR
Penulis
: Nor Azizul Harun
Penyumbang
: Dayang Shaniza Binti Awang Tada
Ringkasan
Sebuah karya yang kaya dengan mesej tersendiri. Melalui watak utama kanak-kanak yang berusia 12 tahun iaitu Haikal dan sepupunya Farid yang kecewa dengan pencemaran sungai di kampung mereka. Antara punca pencemaran sungai yang terjadi adalah disebabkan aktiviti pembalakan dihujung kampung lalu menyebabkan hakisan tanah sungai. Selain itu, sikap penduduk kampung yang suka membuang sampah ke dalam sungai memburukkan lagi keadaan sungai yang sudah keruh itu. Melalui dua watak ini, penulis menyampaikan mesejnya tentang pencemaran sungai sekaligus menjadi contoh dan ikutan anak-anak masa kini dengan penerapan nilai murni yang terkandung dalam jalan cerita.