EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tanaman Pokok Limau

image description
Call no.
: JM 635 IRF
Penulis
: Irfan Mohamad
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Buku ini adalah merupakan salah satu buku yang terdapat kelebihan dalam siri Tanaman Dan Pokok Hiasan Di Sekolah. Buku ini mengisahkan perihal penanaman pokok limau. Terdapat 6 kandungan tajuk kecil iaitu tanaman pokok limau,limau nipis,, limau purut, limau kasturi , limau madu dan limau bali. Buku ini banyak memberi pendedahan mengenai kesesuaian iklim, tanah serta penyediaan tempat penanaman yang sesuai. Terdapat panduan cara-cara penanaman pokok, pembiakan, pembajaan, penuaian serta kelebihan yang ada pada setiap jenis tanaman limau. Buku ini juga menerangkan serba sedikit mengenai kandungan baik yang terdapat didalam buah, daun atau pokok limau yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan tubuh badan dan kesihatan manusia. Dari pandangan fizikal buku ini, ia agak menarik dengan warna bermotifkan kehijauan dengan paparan pokok dan buah limau. Disetiap lembaran juga diselitkan gambar-gambar berwarna untuk rujukan pembaca. Terdapat 48 muka surat dan ia sangat sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan usia dan masyarakat.