EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tanaman Jagung Dan Buah Nenas

image description
Call no.
: JM 635 IRF
Penulis
: Irfan Mohamad
Penyumbang
: Khuzainah Binti Khalid
Ringkasan
Buku bertajuk Tanaman Jagung dan Nanas ini adalah merupakan salah sebuah buku yang terdapat didalam Siri Tanaman Dan Pokok Hiasan Sekolah. Buku ini mengandungi 48 halaman muka surat dan diterbitkan oleh Pustaka Lestari. Buku ini amat menarik dengan kulit luaran berwarna hijau kekuningan serta dihiasi dengan gambar buah jagung dan nanas dan amat bersesuaian dengan tajuk yang diutarakan. Terdapat 2 isi kandungan tajuk kecil yang di dalam buku ini, iaitu : Tanaman Jagung dan Tanaman Nanas.. Terdapat pengenalan di setiap tajuk utama tanaman jagung dan nanas. Buku ini menerangkan jenis-jenis jagung dan nenas yang kerap ditanam. Ia juga menerangkan cara-cara penanaman jagung dan nenas serta jenis-jenis tanah yang sesuai. Di samping itu buku ini juga menjelaskan resiko-resiko binatang perosak yang kerap manjadi masalah kepada tanaman serta penggunaan racun dan baja yang sesuai bagi menghindari serangga perosak dan penyakit yang kerap menjangkiti tanaman ini. Buku ini bukan sahaja sesuai dibaca untuk dijadikan panduan kepada golong dewasa, malahan ia juga amat bermanfaat untuk dibaca oleh golongan pelajar diusia remaja dan kanak-kanak sekolah rendah.