EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tip & Teknik Penanaman Cendawan Untuk Kegunaan Isi Rumah dan Bisnes

image description
Call no.
: 635.8 ZUL
Penulis
: Zulkifli Ariff
Penyumbang
: Veronica Binti Edward Sidi
Ringkasan
Jika anda ingin tahu, di Malaysia dianggarkan terdapat hanya sebanyak 12 jenis cendawan sahaja yang boleh dibiakkan / ditanam yang boleh dikomersialkan, antaranya seperti Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Abalon, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Ling Zhi @ Gano, Cendawan Jerami Padi, Cendawan Sisik, Cendawan Bunga Kubis, Cendawan Shitake, Cendawan Jarum Mas, Cendawan Perut Lembu, Cendawan Telinga Kera @ Black Jelly serta Cendawan Butang. Penulis buku ini yang juga merupakan seorang pengusaha tanaman cendawan berkongsi tips dan teknik penanaman cendawan yang diusahakannya. Didalam buku ini penulis lebih memfokuskan penulisan terhadap penanaman cendawan tiram kelabu, yang juga merupakan cendawan yang paling popular di negara ini. Buku ini turut disertakan dengan panduan bergambar untuk dijadikan panduan buat semua pembaca yang ingin mengetahui bagaimana cara untuk membuat dan menyediakan beg media. Buku ini memberikan panduan yang lengkap khasnya untuk orang yang baru berjinak-jinak untuk membuat tanaman cendawan sendiri dirumah. Pendek kata, buku ini amat sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi juga.