EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Mark Zuckerberg

image description
Call no.
: JM039.992302/ZAB
Penulis
: Zabri Zakaria
Penyumbang
: Noranita Binti Kerim
Ringkasan
Buku ini menceritakan tentang Mark Zuckerberg atau nama sebenarnya Mark Elliot Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1984 di Dobb Ferry, West Chester County, New York. Pada awalnya, Mark telah mencipta suatu laman sosial iaitu Facemash pada 28 Oktober 2003 semasa beliau menjadi penuntut tahun dua di Harvard University. Pada masa itu, beliau dalam usaha untuk melupakan bekas teman wanitanya. Pada Januari 2004, Mark Zuckerberg telah menulis kod untuk sebuah laman web baharu. Pada 4 Februari 2004, beliau akhirnya melancar dan memperkenalkan “Thefacebook” dan telah diperbadankan pada pertengahan tahun 2004. Pada tahun 2005, perkataan “The” telah digugurkan selepas nama domain facebook.com dibeli dengan harga $200,000. Kejayaan Facebok ini telah menaikkan nama Mark Zuckerberg sehingg dinobatkan sebagai jutawan termuda oleh majalah Forbes.