EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Sayang Sarawak

image description
Call no.
: 899.2333/IDR
Penulis
: Idris Boi
Penyumbang
: Faeza Hanim Binti Morshidi
Ringkasan
Buku ini menceritakan tentang sejarah Sarawak pada penghujung era penguasaan Kesultanan Brunei sebelum jatuh ke tangan penjajah Inggeris melalui James Brooke. Fiksyen sejarah ini berlatarkan masa awal abad ke-19, iaitu pada zaman pergolakan politik tempatan dan kemasukan kuasa Inggeris di kepulauan Borneo. Keadaan di Sarawak yang agak tegang ketika itu ditambah dengan kegiatan lanun yang bermaharajalela di perairan Sarawak, juga pemberontakan oleh pembesar dan penduduk tempatan kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah Sarawak. Pengiran Indera Mahkota, akhirnya telah membuka peluang kepada James Brooke untuk berkuasa di Sarawak.