EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

I`M A BACKPACKER:JAPAN

image description
Call no.
: 915.204 KAM
Penulis
: KAMAL ZHARIF
Penyumbang
: Nurrul Azzila Binti Abdul Rasid
Ringkasan
BUku ini di tulis oleh Kamal Zharif. Buku I`m A Backpacker: Japan ini menceritakan tentang panduan bagi pelancong yang mahu mengetahui budaya Jepun serta cara menghormati budaya Jepun. Buku ini juga memberi maklumat tentang industri pelancongan dan tempat tumpuan pelancong terutamanya bagi pelawat yang beragama islam. Terdapat banyak tip yang di masukkan oleh penulis bagi kegunaan pembaca yang berminat melancong ke Jepun. Maklumat yang terdapat di dalam buku ini sangat ringkas dan padat. Penulis juga meletakkan banyak gambar bagi memudahkan pembaca. Menurut penulis, dengan mempunyai sedikit pengetahuan bahasa Jepun, pelancong dapat menggunakan pengangkutan awam yang terdapat di Jepun dengan mudah. Terdapat juga ilustrasi makanan yang halal dan selamat di makan bagi pengunjung yang beragama islam. Buku ini sesuai di baca oleh semua peringkat umur terutamanya bagi pembaca yang berminat untuk mengunjungi Jepun kerana bahasay yang di gunakan oleh penulis sangat mudah di fahami dan menarik.