EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Amalan Gaya Keibubapaan Keluarga Mithali

image description
Call no.
: 297.557 ROS
Penulis
: Rosma Aisyha Abd Malek
Penyumbang
: Suhaila Binti Mat
Ringkasan
Buku ini amat sesuai untuk golongan ibu bapa yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai topik keibubapaan dan keluarga. Selain itu, buku ini menjelaskan dengan lebih lanjut tentang amalan gaya keibubapaan mengikut cara islam dan pentingnya untuk menumpukan perhatian mendidik anak-anak walapun kebanyakkan ibu bapa pada zaman kini sibuk bekerja. Konsep keluarga mithali menurut Islam turut diterangkan seperti menjadi contoh teladan yang baik, adil terhadap anak-anak , sentiasa berdoa kepada Allah, menjadi ibu bapa yang penyayang dan sebagainya. Penulis juga ada mengemukakan pengalaman program kekeluargaan dari peserta dari Program Bicara Sakinah dan Anugerah keluarga Mithali. Melalui salah pengalaman dari Anugerah Keluarga Mithali, ianya menunjukkan bahawa latar belakang keluarga yang mempunyai kekurangan dari sudut harta bukanlah penghalang untuk anak-anak berjaya untuk mencapai cita-cita dan megubah kehidupan serta memberi sumbangan kepada masyarakat. Pentingnya bagi setiap ibu bapa untuk mempersiapkan diri dalam ilmu keibubapaan dan kekeluargaan. Hal ini kerana, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan meningkatkan keharmonian dalam sesebuah keluarga.