EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

TUKAR PALAK KUIH: TRADISI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KAMPUNG SEBANDI ULU, ASAJAYA, SARAWAK.

image description
Call no.
: 394.15954 YAK
Penulis
: Prof. Madya Dr. Yakup Mohd. Rafee
Penyumbang
: Izaruddin Bin Moss
Ringkasan
Buku Siri Sarawakiana yang bertajuk Tukar Palak Kuih: Budaya Sambutan Maulidur Rasul Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, Sarawak merupakan projek kerjasama di antara Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pustaka Negeri Sarawak, Kuching telah diterbitkan pada tahun 2020. Menerusi buku ini, pelbagai acara tradisi masyarakat setempat akan dikongsikan terutamanya acara seperti ‘tukar palak kuih’, berselawat, berzikir serta cukur jambul yang merupakan acara wajib semasa sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sebandi Ulu di Asajaya, Samarahan. Tradisi menyambut Maulidur Rasul dengan penganjuran pelbagai acara ini telah bermula di kampung ini sejak 1940-an lagi. Penduduk kampung akan menyertai acara berselawat, berzikir serta menikmati jamuan tengah hari yang dimasak secara bergotong-royong bermula sejak awal pagi. Bermula jam 2.00 petang pula, program acara cukur jambul dijalankan dan acara diteruskan dengan ‘tukar palak kuih’ selepas solat Asar. Acara ini disertai hampir 1,000 penduduk kampung dari 200 rumah di kampung tersebut. Budaya sambutan Maulidur Rasul di Kampung Sebandi Ulu, Asajaya ini adalah sesuatu yang unik dan tidak ada yang seumpamanya di tempat lain di Sarawak. Sesuatu yang cukup menarik mengenai buku ini ialah ianya mengaplikasikan teknologi digital terkini iaitu dengan penggunaan Augmented Reality (AR) bagi memberi kesan interaktif visual dan QR Code.