EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kisah Buat Hati

image description
Call no.
: 297.57 SYE
Penulis
: Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Penyumbang
: Siti Rohana Binti Saat
Ringkasan
Kisah Buat Hati, menjawap setiap persoalan how yang kita hadapi selama ini melalui anekdot ringkas tetapi sangat membekas. Ada Ibrah untuk pengajaran diri. Ada kisah sebagai panduan hidup. Buku ini mengandungi 3 Bahagian:- Bahagian 1 – Kisah Penuh Ibrah yang mengadungi sebanyak 25 kisah. Bahagian 2 – Soal Jawab Untuk Hati. Terdapat 7 Siri soal jawab. Bahagian 3 – Doa-doa Pesanan Buat Hati. Kisah yang menarik perhatian saya ialah Kisah 2 mengenai Dua Kalimah Ringan di Lidah. Bab ini adalah mengenai zikir yang diajar oleh Rasulullah iaitu “Subhaanallahi Wa Bihamdihi Subhaanallahil Adzim”. Terdapat 3 sifat zikir yang ingin disematkan daripada zikir ini iaitu PERTAMA, zikir ini begitu `ringan diucapkan lisan` kerana ia sangat mudah, sangat ringan diucapkan oleh lisan kerana jumlah hurufnya yang sedikit. Perkataannya juga terdiri daripada huruf-huruf yang memiliki tempat `makhraj` yang mudah. KEDUA, disifatkan sebagai `berat di timbangan` iaitu ia benar-benar berat saat ditimbang di akhirat kerana banyak pahala yang diperlolehi bagi orang yang mengucapkannya. Nilai kebaikannya dilipatgandakan bagi yang istiqamah mengamalkan zikir ini. KETIGA, zikir ini disifatkan dengan `sangat dicintai oleh Ar-Rahman`. Kedua-dua kalimah zikir tersebut sememangnya sangat dicintai oleh Allah SWT. Sudah tentunya, orang yang mengucapkan kalimah zikir ini merupakan salah satu sebab turunnya cinta Allah kepada hamba. Penulis berharap agar buku ini dapat menghidupkan semula hati yang hampir mati.