EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Penjagaan Kesihatan Anak di rumah

image description
Call no.
: 649.4 STA
Penulis
: Dr. Karel A.L Staa, Mila Meiliasari, Nor Faridah Shharuddin
Penyumbang
: NON STAFF
Ringkasan
Tahukah anda ibu bapa merupakan doktor yang terbaik bagi kanak-kanak. Ketika mereka sakit, kanak-kanak ini sangat memerlukan kehadiran ibu bapa kerana mereka menaruh harapan dan mencurahkan rasa kebimbangan hanya kepada kedua ibu bapa. Perhatian, kasih sayang dan rawatan yang anda berikan merupakan rahsia dan kaedah terbaik bagi mempercepatkan proses penyembuhan penyakit anak anda. Dari segi teori, anda bukan seorang doktor pakar yang boleh mendiagnosis dan memberi ubat-ubatan yang sedang dihidapi oleh ‘si manja”. Walau bagaimanapun, kehadiran anda amat penting dan lebih bermakna jika dibandingkan dengan doktor yang merawat anak anda. Malah anda merupakan penawar sebenar dalam proses penyembuhan si kecil. Sayang sekali, ibu bapa tidak mempunyai keyakinan diri dalam menghadapi situasi si manja yang mengalami gangguan kesihatan. Seringkali, ibu bapa kelihatan panik, cemas dan tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil. Buku ini boleh dijadikan panduan anda untuk menjadi doktor kepada anak-anak anda. Buku ini juga boleh membantu ibu bapa mengawal rasa kebimbangan dan melakukan bantuan awal yang diperlukan oleh si manja yang kesakitan