EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

MENGHORMATI IBU BAPA KITA

image description
Call no.
: JMF 899.2333 ZUB
Penulis
: ZUBIR ZAKARIA
Penyumbang
: Muhammad Aufa Bin Mohamad Jamaludin
Ringkasan
Buku ini mengisahkan Karim seorang budak nakal di Kampung Ara. Dia seorang budak yang selalu membuat perkara yang tidak baik dengan budak yang lebih kecil darinya. Adakalanya mencuri buah mangga di rumah jiran-jirannya. Kadang-kadang beliau pergi mandi di sungai bersama rakan-rakannya. Karim tidak mendengar nasihat dari ibu bapanya. Pada keesokan harinya, Karim mengajak rakan-rakannya mandi di sungai. Setelah sampai saja di sungai mereka trus terjun ke dalam sungai. Semasa mereka sedang gembira mandi, awan bertukar menjadi mendung menandakan hujan akan turun. Rakan-rakan Karim mula naik di tebing sungai dan tinggal Karim seorang sahaja di dalam air. Tidak lama kemudian hujan pun turun dan semakin lama semakin lebat. Karim berasa cemas dan semakin lemas. semasa beliau berenang ke tebing , air sungai menolak Karim lebih jauh dari tebing sungai. Rakannya membaling pelampung yang mereka bawa. Namun pelampung itu di bawa pula oleh arus air yang deras. Mujurlah ada seorang orang dewasa terus melompat ke dalam sungai untuk menyelamat Karim. Karim terus di bawa pulang ke rumah oleh lelaki itu dan berjumpa ibu bapanya. Pengajaran dalam cerita ini hormatilah ibu bapa kita, dengarlah kata yang orang tua kita dan jangan ingkar apa yang orang tua kita beritahu.