EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Keunikan Pulau Borneo

image description
Call no.
: JM915.95/NAD
Penulis
: Nada Haifaa
Penyumbang
: Noranita Binti Kerim
Ringkasan
Negeri Sarawak dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur kerana kedudukannya di sebelah Timur Semenanjung Malaysia. Malaysia Timur ini juga dikenali sebagai Malaysia Borneo yang terletak di Kepulauan Borneo. Kepulauan Borneo ini merangkumi 2 buah negeri (Sabah & Sarawak) dan sebuah Wilayah Persekutuan (Labuan). Kepulauan Borneo ini terletak juga negara Brunei dan Kalimantan, Indonesia. Kepulauan Borneo ini mempunyai lebih banyak sumber alam seperti petroleum, gas asli, kayu balak dan arang batu. Negeri Sabah mempunyai banyak pantai dan pulau yang menjadi destinasi percutian. Antara pulau yang terkenal di Sabah ialah Pulau Sipadan, Pulau Manukan, Pulau Layang-layang, Pulau Mabul dan sebagainya. Manakala negeri Sarawak mempunyai khazanah alam yang tidak diterokai. Khazanah ini disimpan dan dipelihara sebagai salah satu produk pelancongan yang menarik sama ada dalam atau luar negara. Contohnya, Taman Negara Bako, Taman Negara Bukit Lambir, Taman Negara Gua Niah, Taman Negara Gunung Gading, Taman Negara Mulu dan Taman Negara Similajau.