EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

AMALAN MULIA

image description
Call no.
: JMF 899.2333 MUR
Penulis
: MURNI ARSHAD
Penyumbang
: Abang Yuzry Bin Abang Ashari
Ringkasan
Buku ini mengisahkan seorang budak bernama Amir. Amir sedang menunggu bas untuk pulang ke rumahnya. Di pondok bas itu Amir berjumpa dengan Faisal dan dia cuba menegur Faisal namun Faisal tidak menghiraukannya. Pada satu hari, Faisal telah kehilangan beg sekolahnya. Mereka mencari di merata-rata tempat namun tidak menjumpai dan dia bercadang untuk mencari di lorong belakang tetapi Faisal berasa ragu-ragu. Mereka menghabiskan masa beberapa minit di lorong belakang itu namun beg itu tiada di situ. Mereka mencari di lorong yang lain. Kemudian mereka ternampak seorang lelaki yang badannya kurus kering duduk berdekatan dengan tong sampah. Lelaki itu sedang mencari sesuatu di dalam beg sekolah. Lelaki itu terkejut apabila di sergah oleh Amir dan dia terus mencampakkan beg sekolah itu. Amir mengambil beg sekolah itu dan mengembali kepada Faisal. Faisal berterima kasih kepada Amir kerana membantu beliau mencari beg sekolah nya. Faisal meminta maaf atas sikap sombong nya terhadap Amir.